AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Bantu rakyat susah, negeri salur kewangan RM3,600 setahun

SHAH ALAM, 2 NOV : Kerajaan Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) sebagai langkah meringankan beban rakyat negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) sentiasa prihatin dengan kesusahan dan beban rakyat.

“Kerajaan Negeri turut menambah baik Program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) yang sedia ada dengan bantuan RM3,600 setahun.

“Pakatan Harapan sentiasa prihatin kepada kesusahan dan beban rakyat di Selangor,” katanya di Facebook hari ini.

Program Bingkas ditambah baik dengan peningkatan wang tunai RM300 sebulan atau RM3,600 setahun.

Inisiatif Kerajaan Negeri yang sebelum ini dikenali sebagai Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) memberi wang tunai RM200 sebulan.

Program tersebut turut diperluaskan kepada rakyat tanpa mengira jantina dengan jangkaan pertambahan sebanyak 9,000 keluarga.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut menawarkan 44 inisiatif menerusi pakej Iltizam Selangor Penyayang (ISP) membabitkan peruntukan lebih RM600 juta.

Skim menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat turut memperkenalkan 11 insentif baharu antaranya program kesihatan Selangor Saring, Iltizam Anak Penyayang, Saringan Barah dan Selangor Mental Sihat.


Pengarang :