Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Klang pada 14 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bantu ratusan ribu rakyat berjimat, subsidi RM7 juta disalur menerusi jualan murah

SHAH ALAM, 21 NOV: Porgram Jelajah Ehsan Rakyat (JER) anjuran Kerajaan Selangor mencatatkan jualan melebihi RM10 juta sejak September hingga awal bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS) berkata perolehan memberangsangkan itu menjadi petunjuk inisiatif terbabit berjaya meringankan beban belanja ratusan ribu rakyat.

“Jualan murah ini telah memanfaatkan 250,000 penduduk, ramai mengambil peluang berbelanja. Kita turut catat nilai jualan sehingga RM1.3 juta seminggu.

“Malah, kita keluarkan nilai subsidi lebih RM7 juta dan ini antara langkah untuk membantu rakyat terutama ketika berdepan isu kenaikan harga barang,” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi  kepada Selangorkini.

Pada mulanya, jualan murah barangan asas itu dijadualkan mulai 6 September hingga 6 Disember di 56 Dewan Undangan Negeri.

Susulan sambutan menggalakkan, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif itu disambung hingga Mac tahun depan.

Menerusi program tersebut, ayam standard dijual RM10 seekor, daging pejal segar RM10 per pek, telur gred B RM10 sepapan, ikan kembung atau selayang RM6 setiap pek, minyak masak 5kg RM25 dan beras 5kg RM10.

 


Pengarang :