Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (belakang, enam kanan) bergambar bersama pelajar sempena Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar UMBI di Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis, Banting, Kuala Langat pada 30 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Bantuan buka sekolah, MBI sasar bantu lebih ramai keluarga M40

KUALA LANGAT, 30 NOV: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyasarkan untuk membantu lebih ramai keluarga M40 menerusi program Kembali Ke Sekolah yang dijadualkan bermula Januari.


Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata sasaran penerima dinaikkan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bermula RM4,000 ke atas.

“Sebelum ini, kita laksanakan kepada penerima kumpulan B40 dengan pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

“Kita turut melaksanakan sedikit perubahan iaitu penerima zakat dan program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) tidak layak menerima bantuan program Kembali Ke Sekolah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar UMBI di Sekolah Kebangsaan Sungai Manggis, Banting, Kuala Langat, di sini hari ini.

Beliau berkata bantuan tersebut diperuntuk kepada 300 penerima bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).


Pengarang :