Logo Majlis Bandaraya Petaling Jaya
PBTSELANGOR

Beberapa jalan sekitar Petaling Jaya ditutup Ahad ini

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 3 NOV: Beberapa laluan di sekitar pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ditutup sempena Hari Tanpa Kenderaan 2022.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata penutupan jalan tersebut dilakukan bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari Ahad ini.

Ia membabitkan penutupan penuh Jalan Yong Shook Lin dan sebahagian Jalan Selangor-Jalan Pencala-Bulatan Penchala.

“Turut terlibat Jalan Padang 4/48-Bulatan Assunta Jalan Selangor dan Bulatan Selangor-pusingan satu Loop PJ State,” katanya menerusi Facebook semalam.

Orang ramai dijemput memeriahkan program terbabit dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti larian, pertandingan permainan tradisional dan banyak lagi.


Pengarang :