Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (depan,tengah) bergambar bersama tok batin sempena Majlis Perjumpaan Pemimpin Masyarakat Orang Asli Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 7 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL SELANGOR

Belanjawan Selangor 2023: Tok batin terima tambahan elaun RM600

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 25 NOV: Tok Batin di negeri ini akan menerima elaun tambahan sebanyak RM600 sebulan mulai tahun depan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bayaran tersebut adalah tambahan kepada elaun RM900 dibayar kerajaan persekutuan, menjadikan jumlah keseluruhan diterima pemimpin Orang Asli itu ialah RM1,500.

“Menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan Negeri mencadangkan elaun Tok Batin ditambah RM600 menjadikan jumlah keseluruhan RM1,500 sesuai dengan gaji minima ditetapkan pentadbiran.

“Peranan tok batin tidak hanya terhad terhadap isu kebudayaan dan adat resam tetapi turut meliputi perkara berkaitan pembangunan, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.


Pengarang :