Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu ketika berkempen di Jenderam Hilir, Sepang pada 9 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon anak tempatan tidak perlu diperbesar, bukan faktor menang

SEPANG, 10 NOV: Sentimen anak tempatan bertanding dalam pilihan raya tidak perlu dijadikan isu kerana ia bukan jaminan seseorang itu mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Sebaliknya, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu meminta pengundi menilai latar belakang setiap calon bertanding sebelum memilih wakil rakyat.

Beliau yang ditemui dalam program turun padang semalam turut meminta calon yang bertanding untuk bersaing dan berkempen secara sihat serta tidak memainkan isu jantina.

“Tidak wajar isu ini dijadikan bahan berkempen kerana biarpun berasal dari Sabah, saya telah menetap di Selayang, Selangor lebih 22 tahun dan merupakan pengundi di sini.

“Apa isunya jika saya seorang wanita? Saya turun dengan niat bekerja untuk rakyat bukannya berfesyen dan paling penting memahami mereka serta menawarkan apa yang boleh dibantu,” katanya.

Memilih untuk bersikap terbuka dan tidak memburukkan calon lain, Aiman Athirah memaklumkan beliau bersama jenteranya mendekati kira-kira 40 peratus pengundi di Sepang.

“Antara isu dibangkitkan ialah kos sara hidup, banjir, longkang dan sampah. Kita perlu letakkan diri sebagai pengundi dengan beri penjelasan terus, jangan biarkan mereka tertanya-tanya,” katanya.

Aiman Athirah yang mempertahan kerusi dimenangi HARAPAN sejak 2013 dicabar bekas Menteri Pmbangunan Wanita Datuk Seri Rina Harun (Perikatan Nasional) dalam saingan lapan penjuru.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu ketika berkempen di Jenderam Hilir, Sepang pada 9 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :