Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. Foto Facebook Md Yunus Ramli
AGENDANASIONAL

Calon DUN Tioman meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama.

Md Yunus, 61, daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin.

Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagi PRU15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).

– BERNAMA


Pengarang :