Calon HARAPAN Parlimen Bangi Syahredzan Johan meninjau rumah terjejas banjir di Taman Hijau, Kajang pada 17 November 2022. Foto Facebook Syahredzan Johan
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN Bangi batal kempen, tinjau kawasan banjir

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 17 NOV: Calon HARAPAN Parlimen Bangi membatalkan program kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pagi tadi, susulan banjir kilat di Taman Hijau, Kajang.

Syahredzan Johan turut meninjau persiapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Bangi Lama selain memastikan mangsa menerima bantuan secukupnya.

“Dianggarkan 100 rumah terkesan, setakat ini lima keluarga sudah daftar masuk PPS. Pejabat Adun Sungai Ramal dan MPKK sedang usahakan bantuan.

“Saya juga melawat kawasan banjir kilat yang berlaku di Taman Hijau, Kajang dan mendengar aduan daripada penduduk mengenai banjir,” katanya menerusi Facebook.

Hujan lebat berterusan hingga awal pagi tadi turut menyebabkan beberapa daerah di Selangor iaitu Shah Alam, Klang dan Sepang dinaiki air.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor sebanyak tujuh PPS dibuka sejak awal pagi ini melibatkan perpindahan lebih 800 mangsa daripada kira-kira 200 keluarga.

Calon HARAPAN Parlimen Bangi Syahredzan Johan meninjau pusat pemindahan sementara di Bangi Lama pada 17 November 2022. Foto Facebook Syahredzan Johan

Pengarang :