Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan (dua, kanan) bertemu peniaga pasar malam di Kuala Kubu Bharu dalam siri jelajah kempennya di kawasan itu pada 10 November 2022. Foto Facebook DrSathia Prakash Nadarajan
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN Hulu Selangor mahu perjuang isu kesihatan percuma

OLEH DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 11 NOV: Menaik taraf dan memberi perkhidmatan kesihatan percuma antara misi diperjuangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor jika menang kerusi berkenaan.

Calonnya Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata misi jangka panjang itu dapat meringankan beban ramai penduduk yang tidak mampu membeli polisi insurans.

“Sebab itu kita perlu dapatkan kesihatan secara percuma. Kalau kita jadi kerajaan, saya beritahu untuk jangka masa panjang, untuk 15 tahun akan datang, selesai tak masalah kita? Insya-Allah selesai.

“Kita ‘stress free’, saya yakin rakyat tidak akan sakit lagi. Masalah selesai,” katanya ketika berucap pada ceramah kelompok di Bilik Gerakan Sungai Choh, Rawang.

Dr Sathia yang menjadi ahli parti sejak 2008 berdepan saingan tiga penjuru melibatkan penyandang tiga penggal yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui dan seorang lagi, Azizan Zakaria.


Pengarang :