Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Kuala Langat Manivanan Gowin beramah mesra bersama orang ramai dan mengedarkan risalah kempen di Ayun Pisang Station, Teluk Datuk pada 16 November 2022. Foto Facebook Manivanan Gowin
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN Kuala Langat didik kaedah betul elak undi rosak

KUALA LANGAT, 17 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Kuala Langat Manivanan Gowin berkongsi kaedah pengundian yang betul menjelang pilihan raya umum Sabtu ini.

Beliau menjelaskan inisiatif itu untuk memastikan pengundi lebih berhati-hati dan tidak membuat kesilapan kecil yang boleh mengakibatkan kertas undi rosak.

“Pengundi perlu berhati-hati terutama di saluran satu dan dua kerana sebelah tangan memegang kertas undi sementara sebelah tangan lagi jari dicelup dakwat.” katanya ditemui hari ini.

“Jika mereka silap dan mengotorkan kertas undi, ia akan mengakibatkan undi rosak. Jadi penting untuk menyampaikan maklumat dan mengingatkan masyarakat. Hal ini banyak ditanya anak muda kerana mereka pengundi kali pertama.”

Beliau yang ditemui ketika berkempen di sini turut menyeru orang ramai supaya keluar mengundi dan memberi sokongan kepada HARAPAN untuk membentuk kerajaan berintegriti.

“Proses pengundian hanya seketika dan hanya sekali dalam tempoh lima tahun. Biarpun hanya satu undi, tetapi menjadi tanggungjawab semua menjalankan kewajipan,” kata Manivanan.

Dalam pilihan raya kali ini, beliau melawan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (Perikatan Nasional) dalam saingan enam penjuru.


Pengarang :