Calon Pakatan Harapan (HARAPAN Parlimen Padang Serai M Karupaiya ketika berceramah kepada orang ramai di kawasan parlimen itu. Foto Facebook KARUPAIYA MUTUSAMI
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN Parlimen Padang Serai meninggal dunia

SHAH ALAM, 16 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia hari ini, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Mendiang meninggal dunia dalam perjuangan menegakkan keadilan demi Malaysia yang lebih baik. Semangat ini akan diteruskan oleh para pejuang KEADILAN dan HARAPAN pada pilihan raya umum ke-15 ini,” katanya di Facebook hari ini.

Sementara itu Berita Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata mendiang meninggal dunia di Hospital Kulim pada 2.27 petang tadi.

Portal berita tersebut turut melaporkan mendiang dimasukkan ke Hospital Kulim pada Isnin lalu selepas mengalami pendarahan pada bahagian perut.

Setakat ini Suruhanjaya Pilihan Raya belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Namun menurut peraturan pilihan raya, kerusi seperti ini tidak akan dipertandingkan pada hari pengundian 19 November.


Pengarang :