Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof mendengar pandangan orang ramai ketika lawatan di Pasar Seksyen 13, Shah Alam pada 6 November 2022. fot Facebook AZLI YUSOF
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN Parlimen Shah Alam tidak kekok bergaul, dengar keluhan rakyat

SHAH ALAM, 10 NOV: Pengalaman sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuatkan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak kekok bertemu rakyat.

Azli Yusof yang bertanding di Parlimen Shah Alam berkata beliau akan terus mendekati penduduk untuk mendengar keluhan dan masalah mereka.

“Walaupun calon muka baharu, saya tidak kekok kerana rata-rata penduduk di sini kenal saya dan ini memberi peluang untuk mendengar masalah mereka.

“Saya yakin (menang) tetapi tetap akan bekerja keras dengan menyantuni seberapa ramai masyarakat agar mereka terus selesa,” katanya kepada SelangorKini.

Azli yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor bersaing dengan Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) dan Rafique Rashid (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Pengarang :