William Leong Jee Keen (tiga dari kiri) ketika mengadakan walkabout di Pasar Pagi Selayang Baru pada 12 November 2022 yang disertai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto Facebook William Leong
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN Selayang bantu promosi jualan murah PKPS

Oleh FAIZAL NAZARUDIN

SHAH ALAM, 13 NOV: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang mendapat sambutan ramai mengundang calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Selayang membantu penduduk membeli dan membungkus barangan pada jualan itu.

William Leong Jee Keen berkata jualan tersebut memberi penjimatan sekali gus meringankan beban pengguna yang terkesan akibat kenaikan harga barangan asas ketika ini.

“Apabila ada program sebegini yang berdaya saing mampu menurunkan harga barang. Marilah kita berjuang memilih satu kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya menerusi klip video di Facebook.

Beliau berkata demikian ketika beramah mesra dengan penduduk pada program JER Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Flat Selayang Sejati pada 8 November lalu.

William turut mengadakan walkabout di Pasar Pagi Selayang Baru semalam yang disertai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.


Pengarang :