Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof menziarahi keluarga mangsa kemalangan jalan raya menerusi program Ziarah Prihatin di Pangsapuri PKNS Seksyen 19, Shah Alam pada 10 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN Shah Alam mahu usulkan skim lindungi penghantar e-panggilan

SHAH ALAM, 12 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Shah Alam mahu penghantar e-panggilan dilindungi skim insurans berikutan pekerjaan itu terdedah kepada risiko.

Menegaskan ia antara yang akan dibangkitkannya dalam parlimen jika menang kerusi berkenaan, Azli Yusof berkata ramai antara mereka tiada kesedaran untuk membuat caruman itu.

“Bagi mereka yang ada kesedaran untuk carum sendiri itu bagus tetapi tidak ramai. Sebab itu, saya rasa ia wajib ada.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof ditemu bual Media Selangor di Seksyen 19, Shah Alam pada 10 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Ini yang akan saya usulkan di parlimen sekiranya diberi mandat nanti,” katanya selepas melakukan ziarah di rumah pangsa Seksyen 7 di sini pada 10 November.

Selain itu, Azli juga bercadang untuk mewujudkan hab e-bisnes bagi menggalakkan anak muda memperkembang peniagaan sedia ada.

“Mereka yang berminat dengan perniagaan dalam talian boleh berkumpul di satu tempat bagi berkongsi idea atau pengalaman masing-masing.

“Mereka mungkin hanya berniaga di rumah tetapi sekarang kita mahu mereka duduk di situ dalam tempoh dua atau tiga jam sekali gus merangsang ekonomi,” katanya

Azli bakal bersaing dengan Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) dan Rafique Rashid (Pejuang) untuk kerusi berkenaan.


Pengarang :