Calon Pakatan Harapan Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan menanam anak pokok ketika program gotong-royong dan ramah mesra bersama penduduk Ascot Hill Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada 13 November 2022. Foto Facebook Ramanan Ramakrishnan DR
AGENDANASIONAL

Calon HARAPAN wujudkan aplikasi aduan, cepat selesaikan masalah di Sungai Buloh

SHAH ALAM, 13 NOV: Sebarang kejadian bencana termasuk jalan rosak dalam Parlimen Sungai Buloh akan ditangani lebih cepat apabila aplikasi aduan menerusi telefon bimbit dilancarkan.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata usaha itu terkandung dalam manifesto yang akan dilaksana sekiranya menang pada pilihan raya umum kali ini.

“Aplikasi PING berdasarkan tindak balas cepat dari permulaan aduan iaitu lokasi dan kita akan gerakkan sumber serta rangkaian aset seterusnya bergerak sebagai satu pasukan untuk tanganinya.

“Semangat gotong-royong ini diperlukan dalam sebarang masalah. Bantuan bencana juga dihulur segera selepas kita terima aduan,” kata Datuk R Ramanan ditemui hari ini.

Malam tadi, beliau mengumumkan enam tawaran manifesto yang merangkumi seluruh aspek keperluan penduduk ketika berucap di Ceramah Perdana di Kota Damansara.

Lima lagi tawaran lain seperti berikut:

  • program BERI bagi meringankan kos sara hidup golongan B40
  • program Perantisan sebagai langkah padanan peluang kerja dan bekerjasama dengan syarikat SME sekitar Sungai Buloh
  • pembinaan pusat sukan untuk belia
  • perkasakan wanita serta beri peluang kerjaya hasil kerjasama syarikat SME dan NGO
  • Perancangan dan pembangunan semula kawasan setempat

Pengarang :