Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam Azli Yusof (kiri) beramah mesra bersama ibu tunggal dan warga emas di Dewan Cengal Seksyen 24 pada 12 November 2022. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon hasrat anjur kursus kemahiran tingkat ekonomi ibu tunggal

SHAH ALAM, 13 NOV: Menyediakan kursus kemahiran khas untuk ibu tunggal satu lagi tumpuan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Shah Alam jika menang kerusi itu.

Azli Yusof menjelaskan usaha berkenaan bagi membantu meningkatkan ekonomi golongan terbabit yang terpaksa menyara keluarga bersendirian kerana ketiadaan suami.

“Sebelum ini pun kita pernah buat program begini tetapi kali ini kita mahu merancakkan lagi dan memastikan tiada ibu tunggal yang tercicir,” katanya ketika ditemui.

Semalam, beliau beramah mesra dan mengedarkan risalah kempen kepada 50 ibu tunggal dan warga emas dalam sebuah program di Dewan Cengal Seksyen 24 di sini.

Azli yang merupakan anak jati Selangor berdepan tiga lagi pencabar iaitu Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) dan Rafique Rashid (Pejuang) dalam pilihan raya.


Pengarang :