Dr Sathia Prakash Nadarajan melihat kenderaan yang terbabas melanggar pembahagi jalan akibat hujan lebat di Hulu Yam Bharu, Hulu Selangor pada 6 November 2022. Foto Facebook Dr Sathia Prakash Nadarajan
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Calon henti kenderaan untuk kempen, bantu mangsa nahas dalam hujan

Oleh DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 7 NOV: Dalam kesibukan berkempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor sempat membantu mangsa kemalangan jalan raya meski dalam hujan.

Walau mengejar masa untuk program kempen bersama jentera, Dr Sathia Prakash Nadarajan menghenti kenderaan berikutan sebuah kereta dilihat terbabas di Hulu Yam Bharu kira-kira jam 5 petang semalam.

Sambil berpayung, pengasas rangkaian Kumpulan Klinik SP Care itu menghampiri mangsa bagi bertanya keadaan pemandu lelaki tersebut.

“Prihatin dengan isu dan keadaan semasa, Dr Sathia Prakash terpanggil untuk menjenguk keadaan mangsa kemalangan jalan raya di kawasan Hulu Yam Bharu,” kata pentadbir Facebook beliau.

Beliau kemudian meneruskan perjalanan bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad untuk menziarahi kematian di Sungai Choh di sini.

Semalam, Dr Sathia yang ditemui selepas proses penamaan calon menyatakan azam untuk memperjuang isu jaringan dan keselamatan jalan raya demi kemudahan penduduk.

Beliau juga kesal berikutan Putrajaya mengabai daerah berkenaan hingga mengakibat banyak kemalangan maut.

“Saya mahu tekankan isu prasarana. Saya tak mahu sebut bina bangunan, yang paling penting jalan raya. Bulan lalu pun ada pegawai polis maut dalam nahas,” katanya.


Pengarang :