Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan (kiri) bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara Shatiri Mansor (dua, kiri) meluangkan masa menziarah Siti Harsah Tumin, 63, yang menghidap penyakit angin ahmad sambil ditemani suaminya Omar Said, 68, (kanan) pada Program Ziarah Kasih Dun Kota Damansara di Jalan Merbau, Petaling pada 7 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon Sungai Buloh dengar luahan pesakit, tekad juangkan isu kesihatan

PETALING JAYA, 14 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Buloh meluangkan masa mendengar luahan hati 10 pesakit termasuk individu terlantar di kawasan itu.

Datuk R Ramanan memanfaatkan program Ziarah Kasih bagi menyelami masalah dan keperluan yang diperlukan golongan itu dalam meneruskan hidup.

“Tahap kesihatan mereka agak teruk. Ada yang perlukan rawatan dialisis, ada yang strok. Ada juga yang tidak terurus dalam aspek penjagaan kerana kekangan ahli keluarga bekerja.

“Ahli Dewan Negeri Kota Damansara yang turut serta ambil maklum keadaan ini dan kita usaha bantu mereka terutama urusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya.

Mengulas lanjut, Ramanan tekad memperjuangkan isu kesihatan di Dewan Rakyat jika beliau diberi mandat pada pilihan raya umum ke-15.

“Isu ini penting dan sangat besar. Hari ini saya nampak pesakit yang tak terurus malah ada yang tidak bertukar lampin pakai buang.

“Jadi jika dipilih, mendapat mandat rakyat saya mahu perjuangkan isu kesihatan kerana teras kehidupan semua,” katanya.

 


Pengarang :