Calon HARAPAN Parlimen Klang V Ganabatirau meletakkan kon di lokasi kemalangan motosikal di Lebuhraya Pelabuhan Utara pada 12 November 2022. Foto Facebook Ganabatirau Veraman
AGENDANASIONAL

Calon tinjau jalan berlubang, letak kon elak kemalangan

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 12 NOV: Di sebalik kesibukan berkempen, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Klang bergegas meninjau lokasi kemalangan motosikal di Lebuhraya Pelabuhan Utara tengah malam tadi.

V Ganabatirau bersama wakil rakyat Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri melihat sendiri laluan rosak dan berlubang di lebuh raya itu yang dikatakan menjadi punca kemalangan.

Dalam video dikongsi di Facebook Azmizam, mereka berdua turut membantu meletakkan kon keselamatan di laluan tersebut bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Saya dan YB Ganabatirau kesal dengan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tetapi tidak menyelenggara laluan itu dengan baik,” katanya.

Azmizam memaklumkan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya untuk mengambil tindakan dan meminta jalan raya bermasalah segera dibaiki demi keselamatan pengguna.

 


Pengarang :