Pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan perancangan yang dilakukan bagi menghadapi bencana musim banjir pada sesi sembah taklimat persiapan bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang, Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONALSELANGOR

Daerah Petaling, Klang berdepan risiko banjir kilat jika hujan lebat

SHAH ALAM, 11 Nov – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini menyenarai kawasan berisiko banjir kilat jika hujan lebat berterusan.

Dalam kenyataan setakat jam 3 petang, beberapa lokasi di Petaling dan Klang di Selangor berkemungkinan dilanda bencana tersebut selain sebahagian lagi di ibu negara.

Di Petaling, kawasan itu ialah TTDI Jaya, Seksyen 13, Shah Alam; Lebuhraya Besraya, Jabatan Pertanian Serdang, Sri Kembangan dan kawasan sekitar.

Di Klang pula, Kampung Delek, Taman Petaling, Taman Saujana, Batu 8 Jalan Bukit Kemuning, Pandamaran dan kawasan sekitar.

Kuala Lumpur pula melibatkan Bulatan Dato’ Onn – Bank Rakyat, Jalan Chow Sow Lin; Pekan Salak Selatan, Razak Mansion, Jalan Loke Yew; Universiti Malaya, Kampung Pantai Dalam dan kawasan sekitar.

Untuk maklumat lanjut termasuk keadaan di negeri lain, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my , Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.


Pengarang :