Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama penduduk selepas solat Isyak di Surau Darul Muhajirin, Gombak pada 31 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMA PENDAPAT PILIHAN MINGGUAN RENCANA

Dari kebajikan ke kesihatan, warga Gombak raih manfaat program negeri

SHAH ALAM, 3 NOV: Tekad membela rakyat tanpa mengira kaum menjadi agenda utama Kerajaan Negeri yang manfaatnya turut dirasai penduduk Parlimen Gombak.

Selain inisiatif kebajikan, kesihatan dan pembangunan Islam, aspek lain turut dititikberatkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga wakil rakyat Sungai Tua iaitu satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah parlimen berkenaan.

Perumahan, kemudahan awam, pendidikan dan pemberimilikan tanah kepada penduduk layak antara pelbagai pakej disedia untuk rakyat.

Wartawan AMIN RIDZUAN ISHAK menyorot peruntukan bernilai puluhan juta ringgit untuk menjayakan inisiatif itu di Parlimen Gombak.

Sedia banyak rumah mampu milik

Perumahan antara keperluan rakyat yang diutamakan Kerajaan Negeri. Rumah mampu milik baik sama ada untuk dibeli atau disewa dibangunkan terutama untuk golongan kurang mampu.

Kerajaan Negeri turut menyelesaikan isu pemberimilikan tanah di Gombak susulan maklum balas rakyat yang menanti dokumen sah status tanah didiami dan diusaha sejak sekian lama.

Rumah mampu milik

  • Lancar 1,660 unit rumah mampu milik di lokasi strategik di Batu Caves
  • Harga serendah RM65,000 bagi Rumah Selangorku @ Seri Temenggung dengan luas 900 kaki persegi
  • 1,240 unit Pangsapuri Bayu Residensi @ Seri Temenggung bermula RM225,000 dengan luas hingga 862 kaki persegi
  • 29 keluarga yang juga penghuni asal setinggan terima tawaran Rumah Selangorku
  • Cadangan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bangun 45,760 unit Rumah Idaman di lokasi strategik termasuk Gombak
  • Harga RM250,000 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi
  • Lengkap kemudahan asas seperti dewan serbaguna, kolam renang dan taman permainan
  • Sedia dua parkir, penyaman udara di tiga bilik tidur, pemanas air di dua bilik air, kabinet dapur, televisyen, peti sejuk dan almari pakaian

    Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan surat tawaran kepada peneroka asal tapak Kampung Seri Temenggung di tapak projek rumah pangsapuri Seri Temenggung, Batu Caves pada 27 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Tanah

  • Agih surat permohonan pemberimilikan (Notis 5A) bantu penduduk miliki tanah
  • Penduduk Kampung Sungai Tua dan Kampung Bendahara diberi tanah ganti di Kuang dan Batu Arang
  • Kawasan sedia ada sebelah tebing sungai dibangunkan kerana kerap dilanda banjir
  • Selesai ukur tanah untuk proses gazet perkampungan Orang Asli termasuk di Gombak pada penggal ini

Pendidikan agenda utama

Peruntukan RM78 juta demi pendidikan di Selangor pada tahun ini membuktikan aspek itu menjadi agenda utama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Penduduk di Gombak mendapat manfaatnya melalui naik taraf kemudahan, penyediaan bahan pembelajaran sehinggalah alat kelengkapan sekolah.

  • Baiki kemudahan sekolah melalui Bantuan Sekolah Negeri Selangor
  • Subsidi yuran Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafa-i) RM30 sebulan untuk keluarga B40
  • Bantuan yuran RM100 dan RM50 hantar anak ke taska serta tadika berdaftar Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Serah bantuan tunai dan barangan keperluan untuk pelajar kurang mampu di sekolah dan institut pengajian tinggi sekitar Gombak
  • Sijil Simpanan Premium (SSP) sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bantu pelajar menyimpan bagi melanjutkan pengajian
  • Sedia alat kelengkapan di bawah program kembali ke sekolah
  • Pembiayaan pendidikan murid cemerlang lanjut pengajian ke peringkat tinggi
  • Bantu pelajar selepas waktu sekolah menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
  • Sumbang kad modul pengenalan pelanggan (SIM) bantu pembelajaran dalam talian

    Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membantu murid memakai pelitup muka guna semula ketika meninjau pembukaan semula sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak Setia, Gombak pada 1 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Tingkat kemudahan awam

Kerajaan Negeri meningkatkan pelbagai kemudahan di Parlimen Gombak demi keselesaan warganya. Ia membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih baik, selaras komitmen Kerajaan Selangor menjaga
kebajikan meliputi pelbagai aspek.

Naik taraf kemudahan

  • RM19 juta bina jalan baharu dan naik taraf dari Selayang Mutiara hingga simpang Hulu Yam
  • Kurangkan kesesakan lalu lintas, permudah perjalanan penduduk Kampung Bendahara, Selayang Mutiara dan Sungai Tua
  • RM500,000 bina jambatan baharu di Kampung Sungai Salak, Batu 10
  • Baiki jalan negeri oleh Infrasel Sdn Bhd (Infrasel), lopak ditampal selepas 24 jam terima aduan termasuk melalui media sosial
  • Lulus RM1.4 juta selesai masalah tanah mendap di Pangsapuri Cemerlang Heights
  • Belanja RM850,000 naik taraf lif dan pagar Pangsapuri Kenanga, Gombak Permai
  • Selesai isu bekalan air di Pangsapuri Laksamana, Kampung Laksamana dan Pangsapuri Mewah, Taman Bolton
  • Naik taraf Taman Tasik Seri Gombak, sedia laluan senaman
  • Ganti paip lama untuk elak gangguan bekalan air

Pengarang :