Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad diringi Ahli Dewan Negeri Ijok Dr Idris Ahmad bersama penyokongnya hadir ke pusat penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 5 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Dr Dzulkefly tekad juarai isu penduduk, tingkat pembangunan Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 6 NOV: Penyandang kerusi di sini mahu mendekati pengundi muda dan pertama kali selain berusaha bagi mengekalkan sokongan pengundi lama.

Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) juga mahu menjuarai isu pembangunan di kawasan tersebut.

“Saya akan santuni rakyat dan mahu mereka tahu saya sentiasa ada di sekeliling mereka,” katanya yang dicabar Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dari Barisan Nasional.

Dalam saingan empat penjuru itu, calon lain ialah Mohd Noor Mohd Sahar dari Perikatan Nasional dan Mohd Shaid Rosli (Pejuang).

Dr Dzulkefly pertama kali memenangi Parlimen Kuala Selangor pada 2008 dengan majoriti 862 undi dan pada 2018, beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,498 undi.

Dari kiri, Mohd Shaid Rosli (Pejuang), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (HARAPAN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (BN) dan Mohd Noor Mohd Sahar (PN) bergambar selepas diumumkan sebagai calon Parlimen P096 Kuala Selangor pada pilihan raya umum ke-15 di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 5 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :