Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

DUN Sungai Tua, Hulu Kelang antara sembilan lokasi jualan barangan murah esok

SHAH ALAM, 2 NOV: Orang ramai boleh mendapatkan barang keperluan asas murah dalam Jelajah Ehsan Rakyat di sembilan lagi lokasi esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan program jualan murah bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari dengan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Tidak ketinggalan ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10) yang dijual perbadanan menggunakan lori.

Sembilan lokasi terlibat membabitkan kawasan di Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Sungai Burong, Bukit Melawati, Sungai Tua, Pandan Indah, Rawang, Gombak Setia, Hulu Kelang dan Banting.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk program tersebut di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Inisiatif itu bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

 


Pengarang :