EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Borhan Aman Shah menyampaikan anugerah kepada Ketua Kampung Tradisi Tasik Permai Wanita Lantikan Pertama Negeri Selangor, Nor Sanizah Ghazali (dua, kiri) pada Majlis Apresiasi Kampung Tradisi di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 4 Jun 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Elaun ketua kampung tradisi, bagan dan komuniti India naik kepada RM1,500 mulai Januari

SHAH ALAM, 25 NOV: Elaun ketua kampung tradisi, ketua kampung baru/bagan serta ketua komuniti India dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mereka adalah jentera pentadbiran akar umbi yang membantu menyampaikan maklumat dan memastikan kesejahteraan penduduk kampung serta masyarakat.

Beliau berkata kenaikan tersebut berikutan bebanan tugas, kos sara hidup serta cabaran yang semakin rumit yang dihadapi mereka di kawasan masing-masing terutama sewaktu bencana dan endemik.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Amirudin menjelaskan Kerajaan Negeri memperuntuk tambahan RM1.843 juta bagi tahun 2023 untuk kenaikan kadar elaun itu yang bermula Januari tahun depan.

“Kerajaan Negeri meletakkan harapan tinggi kenaikan elaun ini mendorong ketua kampung dan komuniti terlibat meningkatkan kualiti perkhidmatan sekali gus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan berkesan dan penuh integriti,” katanya


Pengarang :