Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencelupkan jari pengundi ke dalam bekas dakwat ketika hari pengundian di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) pada 19 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Empat artis tewas PRU-15, Eizlan Yusof hilang deposit

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 20 NOV: Empat selebriti yang bersaing untuk menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) masing-masing tewas di kawasan ditandingi semalam.

Pengarah Datuk Jurey Latif yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan tewas di Lenggong dengan meraih 3,382 undi dalam saingan tiga penjuru, lapor Utusan Malaysia.

Calon Pejuang Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri pula hanya memperoleh 1,084 undi di Port Dickson, sementara Datuk Seri Eizlan Yusof dari parti sama hilang deposit di Sabak Bernam.

Azlan Sani Zawawi atau Lando yang juga mewakili Pejuang di Tanjong Karang mendapat 3,557 undi, tewas kepada Perikatan Nasional dalam pertandingan lima penjuru.

Awal pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan tiada mana-mana parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 219 kerusi dipertanding bagi peringkat Parlimen.


Pengarang :