AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 9 NOV: Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda Klang, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang di Selangor hingga 1 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama di Putrajaya, seluruh Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :