Pengundi muda, Fatin Norfidiyana Rostam, 19, ketika mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Larkin pada Pilihan Raya Negeri Johor di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan 1 Larkin, hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Empat menteri digugur calon BN dalam PRU15

SHAH ALAM, 1 NOV: Empat menteri tidak dicalonkan semula mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-15 ketika diumumkan Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mereka ialah Tan Sri Annuar Musa (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara).

Bagaimanapun, calon kerusi Tanjong Karang yang disandang Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar tidak diumumkan.

Pengumuman yang dibuat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur malam ini turut tidak menamakan calon Parlimen Jempol, Kuala Pilah, Bandar Tun Razak, Kuala Nerus, Tumpat dan Kepong.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai hari pengundian sementara penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal 15 November.

 


Pengarang :