Orang ramai mendaftar sebelum menjalani temuduga sempena program Selangor Mega Job Fair 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

EXCO: 250 syarikat sertai karnival kerjaya bulan depan, sasar 15,000 pencari kerja

SHAH ALAM, 21 NOV: Karnival Kerjaya Mega Selangor siri kedua dijadual berlangsung bulan depan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, kata EXCO generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata setakat ini sebanyak 250 syarikat dan agensi bersetuju menyertai karnival tersebut yang menyasarkan 15,000 pengunjung.

“Tarikh dan waktu penganjuran sedang dimuktamadkan. Kita jangka lebih banyak penyertaan majikan memandangkan karnival ini turut beri manfaat kepada mereka.

“Rakyat Selangor khususnya dalam kalangan belia diharap memanfaatkan peluang kerja yang banyak di pelbagai peringkat serta sektor,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Selangor Mega Job Fair 2022 kali pertama berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA pada 11 dan 12 Jun lalu disertai lebih 100 syarikat termasuk badan kerajaan dan agensi Kerajaan Negeri.

Inisiatif tersebut berjaya membantu 1,996 individu mendapat pekerjaan. Individu yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang www.selangorjobportal.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Pengarang :