EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim ditemu bual SelangorKini di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 1 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Laluan kontra atasi sesak di Persiaran Mokhtar Dahari

SHAH ALAM, 2 NOV: Kerajaan Negeri membuka laluan kontra di Persiaran Mokhtar Dahari sejak Isnin lalu bagi mengatasi kesesakan teruk di kawasan tersebut.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata laluan itu mula beroperasi sejak 4 petang bagi memudahkan pengguna jalan raya.

“Ini adalah langkah segera diambil Kerajaan Negeri bagi memastikan kelancaran perjalanan lebih 100,000 penduduk.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk terus mematuhi isyarat lalu lintas yang telah dipasang di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, Izham memaklumkan pihaknya akan mengemukakan cadangan berhubung penambanan lorong baharu di persiaran itu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bulan depan.

“Penambahan jalan ini melibatkan dua fasa dengan kos peruntukan berjumlah RM35 juta.

“Saya jangka selepas mendapat kelulusan, pembinaan akan bermula selewat-lewatnya Januari tahun depan,” katanya.

Pada 27 Oktober lalu, Izham yang meninjau keadaan jalan raya di kawasan itu memaklumkan Kerajaan Negeri bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menambah tiga lorong baharu kenderaan bagi mengatasi kesesakan teruk di laluan Persiaran Mokhtar Dahari.

Beliau memaklumkan JKR akan membuat laporan teknikal secara terperinci mengenai projek penambahan lorong tersebut.


Pengarang :