Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Rodziah Ismail menyampaikan ucapan ketika menghadiri ceramah kelompok dan santai bersama anak muda di Taman Ukay Perdana sempena kempen PRU15 pada 11 November 2022. Foto: MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Rumah Selangorku 3.0 terap dasar lebih mampan, kondusif

AMPANG, 13 NOV: Dasar baharu yang lebih mampan dan kondusif akan diterap dalam pembangunan projek Rumah Selangorku 3.0 sekitar Lembah Klang.

EXCO perumahan berkata projek rumah mampu milik yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) minggu lalu mengikut formula nisbah plot dan orang per ekar.

“Misalnya dulu ada 60 unit rumah per ekar, tetapi seunit rumah mewakili lima hingga 10 orang. Sebab itu kawasan rumah strata ini kadang-kadang tidak dapat menampung keperluan asas yang sepatutnya disediakan.

“Maka kita berasakan isu rumah mampu milik mesti ditangani dengan kaedah yang sedikit berbeza iaitu melihat kepada (formula) orang per ekar supaya dapat mengurangkan kepadatan dan kesesakan.

“Setiap pembangunan itu juga tidak lagi menggunakan ketinggian semata-mata tetapi mengambil kira nisbah plot,” kata Rodziah Ismail ketika sesi dialog bersama orang lama Ampang semalam.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Rodziah Ismail menyampaikan ucapan ketika menghadiri ceramah kelompok kaum cina di gelanggang bola keranjang, Kelab Belia Kampung Baru Ampang sempena kempen PRU15 pada 11 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pada September, Dato’ Menteri Besar mengumumkan rumah satu dan dua bilik untuk golongan bujang serta pasangan yang baru mendirikan rumah tangga bakal dibangunkan.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan cadangan lokasi pembinaan sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang dan Shah Alam.

Mengulas lanjut, Rodziah berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) bagi membincangkan lebih lanjut berhubung pelaksanaan projek terbabit.

“Insya-Allah dengan projek Rumah Selangorku 3.0, kita sudah melangkah satu era baharu dalam pembangunan perumahan ini. Paling penting harganya tetap tidak melebihi RM200,000

“Kita bukan sahaja membina rumah, kita mahu memiliki stok mencukupi supaya boleh memberikan tawaran kepada mereka yang tidak mampu membeli rumah,” katanya.


Pengarang :