Penduduk meredah banjir ketika tinjauan di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada 21 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Hadapi banjir, MBSA sedia empat pam air di tiga lokasi

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 4 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan empat unit pam air di tiga lokasi di sekitar bandar raya ini bagi menghadapi banjir.

Lokasi terlibat ialah Taman Sri Muda, Seksyen 25 (dua unit), Stesen Pam MBSA, Seksyen 13 (satu unit) dan Taman Mesra Seksyen U1 (satu unit).

“Penyediaan pam ini merupakan langkah awal bagi mengurangkan risiko berlaku banjir akibat hujan lebat,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah MBSA, pihaknya juga bersetuju dengan cadangan projek tebatan banjir yang dirangka dalam Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (Sasud).

Sebagai permulaan, jelasnya, empat projek akan dimulakan iaitu menaik taraf rumah pam dan kerja berkaitan infrastruktur di Seksyen 13 dan U1.

Projek kedua membina rumah pam di Persiaran Aman dan kerja berkaitan infrastruktur di Taman Sri Muda, Seksyen 2 sementara projek ketiga membina rumah pam di Jalan Saksama 25/29 dan Jalan Hikmat 25/35.

“Projek keempat ialah kerja berkaitan infrastruktur di Seksyen 25 dan membaik pulih serta menaik taraf sistem pembetungan dan kerja berkaitan di sebahagian Kampung Bukit Naga, Seksyen 32,” katanya.


Pengarang :