Petugas Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengemas dan membuat pemindahan barang keperluan JKM dari PPS SRA Pekan Meru ke stor simpanan barang JKM di Jalan Tengku Kelana 3 pada 14 November 2022. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

Hadapi PRU15, mangsa banjir Johan Setia dipindah ke masjid

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 14 NOV: Seramai 36 mangsa banjir daripada enam keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia dipindahkan pagi tadi.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi Facebook memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di PPS dewan Masjid Kampung Johan Setia.

PPS SK Johan Setia yang dibuka sejak 10 November lalu ditutup sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 Sabtu ini.

“MPK telah melakukan tugas mengemas dan membuat pemindahan barang-barang keperluan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.


Pengarang :