Penyokong yang hadir pada program ramah mesra bersama Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Subang Perdana pada 16 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

HARAPAN dahului 82 kerusi, 45 lagi bertarung sengit

SHAH ALAM, 18 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) mendahului dua lagi gabungan besar dengan 82 kerusi berbanding Perikatan Nasional (PN) 43 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 15 kerusi, ramal firma penyelidik Merdeka Center.

Mengambil kira satu kerusi yang tidak dipertanding di Padang Serai, tinjauan itu mendapati 45 lagi kerusi berada dalam persaingan sengit dengan perubahan sokongan kurang 5 peratus undi.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka menguasai 24 kerusi, Warisan enam kerusi dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lima kerusi. Merdeka Center juga meramalkan seorang calon Bebas mendapat satu kerusi.

Berikut 45 kerusi yang diramal sengit:

  • Perlis (Padang Besar dan Kangar)
  • Kedah (Kuala Kedah, Merbok dan Kulim Bandar Baru)
  • Pulau Pinang (Kepala Batas)
  • Perak (Gerik, Lenggong, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Parit, Tapah, Lumut dan Bagan Datuk)
  • Pahang (Cameron Highlands, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Kuala Krau, Temerloh, Bentong)
  • Selangor (Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Kapar)
  • Kuala Lumpur (Titiwangsa)
  • Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol)
  • Melaka (Masjid Tanah dan Jasin)
  • Johor (Ayer Hitam, Simpang Renggam, Pontian dan Tanjung Piai)
  • Sabah (Kudat, Putatan, Penampang, Tenom, Pensiangan, Libaran, Batu Sapi, Tawau
  • Sarawak (Lubok Antu, Saratok dan Julau)

Terdahulu firma kaji selidik terkenal Ilham Centre turut meramalkan HARAPAN menang kerusi paling banyak iaitu 86 kerusi, jauh mengatasi BN dengan 51 kerusi dan PN 25 kerusi.

 

 


Pengarang :