Calon HARAPAN Parlimen Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan (tengah) ketika sesi bersama media di Antara Gapi pada 17 November 2022. Foto DIANA ABD WAHAB/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

HARAPAN Hulu Selangor sedia enam ambulans bawa pesakit buang undi

Oleh DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 18 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Hulu Selangor akan menyediakan enam ambulans bagi membawa pesakit Parlimen itu keluar mengundi esok.

Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata kemudahan itu khas untuk pesakit terlantar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali.

“Kita turut sediakan satu kerusi roda untuk 51 jentera daerah mengundi dan kita yakin kemudahan disediakan dorong rakyat keluar jalankan tanggungjawab mengundi.

“Malah kita turut sediakan 100 kenderaan bagi mudahkan rakyat terutama yang tidak memiliki kenderaan dapat keluar mengundi,” katanya selepas sesi bersama media di Antara Gapi di sini semalam.

Tambah Dr Sathia, jentera parti juga diminta menyediakan kemudahan logistik memandangkan mereka lebih mengenali kawasan masing-masing.

Selain itu, pihaknya turut menyediakan payung dan baju hujan selain khemah bersaiz 10×10 di kawasan ‘pondok panas’ untuk pengundi dan jentera menghadapi kemungkinan hujan pada hari pengundian.

 


Pengarang :