Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jamuan rakyat dan ceramah di Taman AU5, Gombak pada 1 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN salur dana besar, pergiat program dakwah Islam

HULU KELANG, 2 NOV: Institusi Islam sentiasa menjadi keutamaan dan dipelihara Kerajaan Selangor bawah pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut menepis dakwaan pentadbirannya tidak mampu mengurus polisi Islam dengan baik.

“Alhamdulillah di bawah HARAPAN, yang kata kita tidak mampu jaga Islam (tidak benar). Bulan lepas, Kuis (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dinaik taraf menjadi universiti penuh.

“Di bawah kerajaan kita, bukan sahaja orang bayar cukai tetapi orang bayar zakat. Dari hari ke hari kutipan meningkat dan (kutipan) mencecah RM1 bilion.

“Kutipan zakat ini diurus secara profesional oleh Lembaga Zakat Selangor dengan 90 peratus daripadanya diagih kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Berucap sempena majlis jamuan rakyat dan ceramah di Skate Park AU5 di sini semalam, Amirudin berkata Kerajaan Negeri juga menyalur peruntukan tertinggi kepada Jabatan Agama Islam Selangor.

“Malah kita memperkenal polisi bantuan yuran asas fardu ain untuk pelajar berpendapatan rendah,” katanya.


Pengarang :