Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Aiman Athirah Sabu (tengah) beramah mesra bersama jentera daerah mengundi ketika sesi ramah mesra Hit and Run di Kampung Tanjung Sepat, Sepang pada 16 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

HARAPAN Sepang sedia pengangkutan bawa orang ramai keluar mengundi

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SEPANG, 16 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) Sepang akan menyediakan kemudahan pengangkutan bagi membawa orang ramai keluar mengundi Sabtu ini.

Calon Parlimen Aiman Athirah Sabu berkata setiap jentera di Sungai Pelek, Tanjung Sepat dan Dengkil sudah mengenal pasti keperluan logistik yang diperlukan.

“Sekurang-kurangnya 15 kenderaan disediakan bagi setiap DUN untuk ke pusat daerah mengundi masing-masing yang berkhidmat sepanjang hari. Bilangan kenderaan juga akan ditambah mengikut keperluan.

“Ada juga kita kenal pasti yang perlukan kerusia roda dan bantuan untuk dibawa ke tempat mengundi, jadi kita sudah pastikan kemudahan itu disediakan untuk memudahkan pengundi,” katanya ketika sesi ramah mesra Hit and Run di Kampung Tanjung Sepat di sini hari ini.

Sebelum ini, Pegawai Pengurus pilihan raya umum ke-15 Parlimen Sepang, Datuk Abd Hamid Hussain memaklumkan terdapat 50 pusat daerah mengundi di kawasan itu membabitkan 167,988 pemilih.


Pengarang :