AGENDA NASIONAL

Harga petrol RON97, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Harga runcit RON95, RON97 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 17 hingga 23 November ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM3.95, RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga runcit RON95 dan diesel itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataaan itu.

– BERNAMA


Pengarang :