Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan penyokong ketika Himpunan Gombak Bermaruah dan Pelancaran Jentera Pakatan Harapan P098 Gombak di Dewan Sri Siantan, Gombak pada 3 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hargai kakitangan masjid, surau sejak 2019, imbuhan khas cuba ditiru Putrajaya

GOMBAK, 4 NOV: Selangor tanpa gagal menyalur dana sebagai penghargaan kepada pengurusan masjid dan surau sempena Aidilfitri sejak 2019.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri berkata kejayaan itu menjadi ikutan kerajaan persekutuan selepas insentif sama diumum Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika Belanjawan 2023.

“Kononnya kita nak memperlekeh dan menghindar orang Melayu. Sedangkan pelbagai dasar dilaksanakan di Selangor. Hadiah kepada imam, nazir, bilal, siak.

“Setiap kali raya sewaktu umum bonus penjawat awam, kita tak lupakan pimpinan masjid dan surau. Beberapa tahun berturut-turut sejak 2019, 2020, 2021,2022 tanpa gagal kita negeri yang pertama bagi hadiah.

“Barulah tahun ini Tengku Zafrul umum dalam belanjawan. Itu pun bajet pilihan raya, tak lulus lagi,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari berucap di program Himpunan Gombak Bermaruah dan Pelancaran Jentera Parlimen Gombak di sini malam tadi.

Dato’ Menteri Besar yang bertanding di Parlimen itu berkata langkah Putrajaya yang mahu melaksanakan inisiatif itu akan gagal kerana tiada perancangan jelas untuk berbuat demikian.

“Kalau di antara orang yang meniru dan original, kita pilih yang original, yang betul-betul hasil dari fikiran. Bukan yang tiru. Sebab apa yang tiru gagal? Sebab hanya boleh tiru tetapi tak ada pemikiran jelas,” katanya.

Tahun ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan lebih RM1.3 juta untuk disalurkan kepada pegawai masjid kariah di seluruh negeri.

Bantuan melibatkan sumbangan wang tunai RM500 kepada 2,625 penerima dari 375 masjid seluruh Selangor.


Pengarang :