AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut diramal landa enam daerah di Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 4 NOV: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat hingga 1 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda Kedah (Langkawi, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Hujan lebat juga dijangka di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman), Pahang (Kuantan dan Pekan), Melaka , Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) , Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :