Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Hulu Langat diramal hujan lebat sehingga 9 malam

SHAH ALAM, 2 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di dua daerah di Selangor membabitkan Hulu Selangor dan Hulu Langat setakat 9 malam.

meramalkan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Perak (Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang).

Hujan lebat turut dijangka melanda Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak dan Segamat).

Sementara di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Sri Aman, Betong dan Bintulu dan Sabah pula (Tawau) dan Telupid, Kinabatangan dan Sandakan.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :