Infrasel Sdn Bhd selesai menurap Jalan PT 1 Bagan Terap, Sabak Bernam sehari selepas menerima aduan pada 14 November 2022. Foto Foto Twitter Infrasel
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Infrasel turap jalan di Bagan Terap, Sabak Bernam selepas 24 jam terima aduan

SHAH ALAM, 20 NOV: Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menurup di Jalan PT 1 Bagan Terap susulan aduan orang ramai di Twitter.

Jalan di daerah Sabak Bernam itu diturap pada 14 November dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.

Agensi itu meminta orang ramai teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan di Twitter bersama tanda pagar #infrasel #namajalan #daerah jika berlakunya kerosakan jalan.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi Twitter.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan proses pelaporan kerosakan jalan di Selangor dipermudahkan dengan aduan di platform berkenaan sebelum ditapis dan disemak secara automatik.

 


Pengarang :