Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu bergambar bersama peserta pertandingan e-sukan di Salak Perdana Bisnes Park, Sepang pada 13 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangan sia-siakan undi, calon HARAPAN Sepang rayu pilih pemimpin terbaik

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SEPANG, 18 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sepang merayu rakyat terutama pengundi parlimen itu tidak mensia-siakan mandat lima tahun sekali bagi memilih pemimpin dan kerajaan.

Aiman Athirah Sabu berkata perubahan hala tuju pentadbiran negara selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bermula dengan undi yang disumbangkan oleh rakyat esok.

“Saya merayu kepada pengundi khususnya di Sepang supaya turun beramai-ramai mengundi sebab pilihan PRU15 penting, ia akan menentukan masa depan kita dan negara.

“Kita tidak boleh ada pentadbiran yang sama dan mengulangi perkara sama kerana negara memerlukan kepimpinan baharu yang boleh menciptakan perubahan dan kemajuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyantuni mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut di sini, hari ini.

Pada PRU15 Aiman Athirah yang juga ketua wanita HARAPAN disaingi bekas Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Rina Harun (Perikatan Nasional) dan Anuar Basiran (Barisan Nasional) dalam saingan lapan penjuru.


Pengarang :