PBTSELANGOR

Jawab kaji selidik MPS, peluang menang wang tunai RM100

SHAH ALAM, 22 NOV: Orang ramai berpeluang memenangi wang tunai RM100 apabila menjawab kaji selidik perkhidmatan, kemudahan dan persekitaran Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Menurut unit perhubungan awamnya, kaji selidik bagi perancangan pembangunan tahun depan boleh dijawab melalui pautan forms.gle/Czp7xdXc3yaRLwpm9, laman sesawang atau platform media sosial MPS bermula 15 November hingga 31 Disember.

“Wang tunai RM100 bakal dimenangi oleh 20 responden yang mengisi maklumat dan menjawab kaji selidik ini dengan lengkap.

“Cabutan dibuat secara rawak dan senarai pemenang diumumkan di laman sesawang rasmi serta platform media sosial MPS pada 16 Januari 2023,” katanya dalam kenyataan.

Pihak berkuasa tempatan menambah kaji selidik itu bagi mendapatkan pandangan dan cadangan berhubung perkhidmatan, kemudahan dan persekitaran kawasan kediaman penduduk.

Menurutnya, dapatan diperoleh digunakan bagi meningkatkan dan menambah baik penyampaian perkhidmatan di kawasan terbabit.

“Diharapkan melalui maklum balas yang diterima ini dapat membantu MPS dalam memberikan perkhidmatan dan membentuk persekitaran terbaik demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Korporat MPS di talian 03-6126 5800 atau emel di [email protected]

 


Pengarang :