AGENDANASIONAL

Jelajah Mega HARAPAN di Dewan Serbaguna AU2 malam esok

SHAH ALAM, 15 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengadakan jelajah mega Selangor di Dewan Serbaguna AU2, Taman Keramat 8 malam esok.

Program anjuran Biro Mobilasi HARAPAN dengan slogan rasmi Kita Boleh bakal disertai pemimpin tertinggi gabungan pelbagai parti komponen.

Antara yang dijadual hadir ialah pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Majlis turut disertai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari dan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli.

Orang ramai boleh juga menonton siaran langsung program berkenaan di Facebook Pakatan Harapan.

 


Pengarang :