Suasana di pusat penempatan sementara (PPS) Masjid Kampung Johan Setia ketika tinjauan berkenaan bencana banjir yang melanda beberapa buah kawasan di Selangor pada 17 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jumlah mangsa banjir Selangor berkurang, Perak dan Johor kekal

SHAH ALAM, 26 NOV: Seramai 298 mangsa banjir di Selangor berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat tengah malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia menerusi Facebook berkata hanya satu daerah terjejas dengan empat PPS masih beroperasi.

Di Perak mangsa banjir kekal dengan 275 orang daripada 80 keluarga yang ditempatkan di empat PPS di tiga daerah semalam.

Johor pula tiada perubahan dalam jumlah mangsa banjir apabila 95 orang daripada 12 keluarga masih berada di PPS.

Terdahulu, kira-kira 321 mangsa banjir daripada 103 keluarga di Selangor berada di PPS pada jam 4 petang semalam.


Pengarang :