Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) ceria pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-46 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang pada 29 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jurulatih kembar bahagi masa belajar, latih pemain ping pong

SERDANG, 29 NOV: Dua jurulatih skuad ping pong Selangor menerima Ijazah Pentadbiran Perniagaan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 hari ini.

Pasangan kembar seiras, Charles dan Philip Ngew juga pernah mewakili Selangor serta negara dalam beberapa kejohanan termasuk peringkat antarabangsa dan melakar kemenangan.

Charles, 24, berkata walaupun sibuk melatih pasukan pelapis negeri bawah 13 dan 15 tahun, namun ia tidak mematahkan semangat dia dan adiknya meneruskan pengajian demi mendapatkan ijazah.

“Kami agak sibuk melatih pemain tetapi tetap perlu mengulang kaji pelajaran. Apa yang penting adalah pengurusan masa yang betul serta disiplin diri.

“Philip lebih cemerlang dalam pelajaran dan sering ingatkan saya untuk terus fokus dalam dua-dua bidang ini. Kami saling mengingati antara satu sama lain,” katanya kepada SelangorKini.

Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), Charles Ngew. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Terdahulu pasangan itu menerima ijazah masing-masing daripada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Tengku Amir Shah yang juga Pro Canselor UPM turut menyerahkn sijil kepada 834 graduan peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma dari pelbagai bidang pengajian.


Pengarang :