SELANGOR

Jururawat maut kereta dipandu rempuh lori di Kuala Selangor

SHAH ALAM, 4 NOV: Seorang jururawat maut selepas terlibat nahas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat pekan lama Kuala Selangor pagi ini.

Ketua polis daerah Kuala Selangor berkata kejadian pada jam 5.30 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dengan lori jenis Isuzu, lapor Harian Metro.

Menurut Superintendan Ramli Kasa, siasatan mendapati jururawat hospital swasta itu dalam perjalanan dari rumahnya di Sabak Bernam menghala ke Shah Alam.

“Apabila melalui jalan selekoh, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.


Pengarang :