Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sesi ramah mesra bersama rakyat di Jalan Padang, Kapar pada 16 November 2022. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Kaji selidik: Anwar dapat sokongan meluas, HARAPAN pilihan utama

SHAH ALAM, 18 NOV: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat tempat di hati pengundi sebagai calon perdana menteri dengan sokongan 32.6 peratus berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin (25.5 peratus) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (16.5 peratus).

Kecenderungan sokongan ini diperolehi hasil tinjauan Merdeka Center dalam kalangan 5,497 pengundi Semenanjung Malaysia antara 3 hingga 18 November.

Pakatan Harapan (HARAPAN) pula mendapat sokongan 33.6 peratus berbanding Perikatan Nasional (PN) 20.3 peratus dan Barisan Nasional (BN) 15.4 peratus.

Terdahulu, firma kaji selidik terkenal Ilham Centre dalam kenyataan hari ini, menyatakan pesona Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di Parlimen Tambun menukar naratif daripada kerusi selamat Perikatan Nasional kepada kerusi boleh menang HARAPAN.

Kenyataan sama menyebut Anwar sebagai calon perdana menteri menjadi ‘selling point’ terbesar kepada HARAPAN yang jauh meyakinkan berbanding calon gabungan lain.

Perkara berkenaan didorong faktor beliau belum pernah menduduki jawatan itu selain pandangan umum terhadap kemampuannya memimpin negara ketika berdepan kesuraman ekonomi global.


Pengarang :