Sebahagian kanak-kanak sindrom down yang mengambil bahagian dalam sukaneka sempena Jelajah Pemerkasaan Pengupayaan Kemahiran OKU Sindrom Down di Kuala Selangor Cabin Camp, Kuala Selangor pada 8 Oktober 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Kebajikan OKU diperkemas, didaftar bawah Skim Mesra Insan Istimewa

SHAH ALAM, 25 NOV: Selangor memperkemaskan kebajikan orang kurang upaya (OKU) dengan mendaftarkan golongan tersebut di bawah Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebelum ini OKU diletakkan di bawah program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) namun inisiatif tersebut distruktur semula.

“Selain penstrukturan ini, Selangor akan meningkatkan nilai baucar beli-belah daripada RM100 kepada RM150.

“Dengan kenaikan nilai baucar ini, program SMUE dan SMIS akan melibatkan penambahan peruntukan sebanyak RM10 juta menjadikan peruntukan bagi SMUE dan SMIS berjumlah RM 30.5 juta pada 2023,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023.


Pengarang :