Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan amanatnya ketika Jelajah Mega Harapan Selangor sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Dewan Serbaguna AU2, Ampang Jaya pada 16 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Keluar undi pagi, ribut petir sebelah petang di semua 22 kerusi Selangor

SHAH ALAM, 17 NOV: Orang ramai di semua 22 kerusi parlimen di Selangor digalakkan keluar awal di sebelah pagi untuk membuang undi pada 19 November kerana ribut petir dijangka terjadi di semua tempat pada petang.

Pada sebelah pagi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  pada 14 November memaklumkan hujan pula dijangka berlaku di kawasan parlimen Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kapar, Klang dan Kuala Langat.

Dalam makluman sama, cuaca mendung pula diramal akan berlaku di Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Shah Alam dan Kota Raja. Di kawasan lain dijangka tiada hujan di sebelah pagi.

Bagaimanapun, pada sebelah petang semua kawasan termasuk Selayang, Gombak, Ampang, Pandan, Hulu Langat, Bangi, Puchong, Subang, Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Sepang mengalami ribut petir.

Untuk maklumat lanjut, ramalan ini boleh didapati di laman web MetMalaysia pada pautan berikut: https://www.met.gov.my/info/pru15/

“Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat. Jalankan tugas dan penuhi hak anda. Selamat Mengundi Rakyat Malaysia,” kata jabatan itu di Facebook.


Pengarang :